Tuesday, October 03, 2006

Aktiviti PASTI ALBADAR yang berlangsung

AKTIVITI TAHUNAN PASTI ALBADAR

Aktiviti tahunan yang disertai Sukan Pasti(SUKPA) 2006 yang berlangsung di kompleks sukan UIAM Gombak, pelajar-pelajar PASTI ALBADAR menunjukkan reputasi yang cemerlang



Sukan Pasti yang disertai pada tahun 2006 semakin meriah dengan pertambahan pelajar

Lawatan ke Zoo negara bagi sessi 2005



Sukan Pasti pada tahun 2005 yang disertai



Wednesday, September 20, 2006

PASTIKAN ANAK ANDA BERSAMA PASTI AL BADAR UNTUK PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH YANG LEBIH CEMERLANG

PUSAT ASUHAN TUNAS-TUNAS ISLAM
PASTI AL BADAR
Kompleks Pendidikan Air Panas,
Batu9
Gombak Utara,
Jalan Gombak, 53100 Sombak, Selongor Darul Ehsan.
PENDAFTARAN
2006
DIBUKA
SEKARANG!!!!!

Perkhidmatan yang kami tawar-kan:
-Tadika islam
-Nurseri
-Kelas FarduAin.
-Kelas Cepat Membaca Al Quran.
-Kelas Cepat Membaca Bahasa Melayu.
-Kelas Bahasa Arab.
-Kelas Tahfiz.

MATEMATIK DAN SAINS " DIAJAR DALAM BAHASA INGGERIS.


MUQADDIMAH:
Kanak-kanak pada peringkat umur pra sekolah (4-6 tahun) merupakan insan yang mempunyai sifat-sifat tersendiri dari segi rohanijasmani, emosi, sosial dan kreativiti.
Pada peringkat ini ransangan perlu diberikan untuk memperkembangkan minat dan meningkatkan potensi mereka.

Potensi kanak-kanak ini perlu diperkembangkan secara seimbang di dalam 5 aspek iaitu fizikal, intelektual, social, bahasa dan emosi.
Potensi ini boleh diperkembangkan semaksima mungkin melalui pembelajaran bersepadu (Collaborative Learning) dan latihan yang berkesan di peringkat pra sekolah. Perkembangan di dalam aspek-aspek ini perlu dipupuk dan diasuh secara berterusan mengikut tahap umur, keupayaan pada diri kanak-kanak tersebut.

Pada peringkat awal ini kanak-kanak perlu diterapkan dengan prinsip-prinsip asas serta ibadat-ibadat asas dalam Islam bagi menyediakan mereka untuk mengha-dapi hari depan yang lebih mencabar. Di samping itu , kemahiran asas seperti membaca, menulis, mengira, berbahasa dan menghafal perlulah dipupuk sebagai persediaan awal sebelum mereka menghadapi alam persekolahan yang sebenar.

Pendedahan awal melalui kurikulum pendidikan bersepadu dan kaedah pembelajaran yang berkesan adalah bertujuan untuk membolehkan mereka menjadi insan yang bertakwa, berilmu, kreatif, cemerlang dan terbilang dalam kehidupan mereka.
Di atas kesedaran inilah maka PASTI AL BADAR ditubuhkan untuk memberikan altematif pendidikan pra-sekolah untuk kanak-kanak dalam persekitaran operasinya GOMBAK.

PASTI AL BADAR adalah antara sejumlah pusat pendidikan pra-sekolah yang menggunapakai kurikulum PASTI peringkat pusat (Mempunyai seramai lebih kurang 60,000 orang pelajar di seluruh Malaysia) yang memberi penekanan kepada potensi perkembangan anak-anak, kecemerlangan akademik dan agama serta pend-edahan kepada teknologi maklumat.
Di samping itu PASTI AL BADAR juga dikawal selia oleh Organisasi Pentadbiran dan Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh mereka yang pakar dalam bidang perundangan dan pendidikan.
KURIKULUM.

Kurikulum PASTI AL BADAR adalah terbahagi kepada 4 bahagian:

1. ILMU ISLAM:
Aqidah - Mengenal Allah SWT.
Ibadat - Wudhu' dan Solat.
Akhlak.
Sejarah Islam/Cerita Tauladan.
Al Quran.
Hafalan Doa.

2. ASAS MENULIS MEMBACA, MATE-
MATIK, SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
• Kemahiran Bahasa- Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
• Kemahiran menulis - Jawi dan Rumi.
• Asas Matematik.
• Pengetahuan Alam dan Manusia.
• Teknologi Maklumat - Asas-asas komputer.

3. KEMAHIRAN PSIKOMOTOR.
• Kemahiran fizikal, tangan dan riadhah.

4. PERKEMBANGAN POTENSI.
• Aktiviti dalaman dan luaran yang boleh meningkatkan potensi fizikal dan mental.

KO KURIKULUM
1. Lawatan sambil belajar.
2. Sukan tahunan.
3. Senaman kesihatan.

KAEDAH PEMBELAJARAN.
1. Pembelajaran kelas.
2. Pembelajaran bersepadu:
• Penilaian kendiri
• Aktiviti berpusatkan pelajar.
• Penyiasatan dan penyelesaian masalah.
• Pembelajaran dalam kumpulan, disku* dan penyertaan.
3. Praktikal Wudhu'.
4. Praktikal Solat.
5. Story telling.
6. Membaca.
7. Kraftangan, lukisan dan kaligrafi.
8. Syarahan.
9. Nasyid dan Sajak.
10. Penggunaan Audio-visual Pendidikan.

YURAN DAN PENYERTAAN.
1. Bayaran Pendaftaran: (Dibayar sekaligus se-masa pendaftaran @ boleh dinmding dengan pihak pentadbir PASTI AL BADAR)
a) Kanak-kanak 4&5 tahun. (Tahap Satu) RM360.00 sahaja.
b) Kanak-kanak 6 tahun (Tahap Dua)RM 380.00 sahaja

Bayaran pendaftaran adalah meliputi bayaran-bayaran sekalibayar untuk item-item yang beri-kut:
Yuran tahunan.—Yuran Pelbagai—Yuran Bulan Januari 2005— Yuran Ihtifal—-Pakaian Seragam—Lencana—Tudung / Kopiah—Buku Teks—Buku ' Bacalah Anakku' - Buku Latihan—Alatulis—Sukan Tahunan— Hari Graduasi—Tabling Khairat— Peralatan dan Kraftangan— Lawatan...

2. Yuran bulanan: RM50.00 sahaja
Adalah merangkumi bayaran untuk proses penga-
jaran-pembelajaran dan makanan ringan yang
disediakan pada waktu rehat.
(Dibayar pada minggu pertama setiap bulan).

WAKTU PEMBELAJARAN.
1. SesiPagi : 0815 -1115 pg (Isnin -Jumaat).
2. Sesi Petang: 1200 - 0300 ptg (Isnin -Jumaat).

PERKHIDMATAN TAMBAHAN (BOLEH DISEDIAKAN):
1. Transit (Nurseri) : 0800 - 0500ptg (Isnin - Jumaat). 0800-1200ptg(Sabtu)
2. Pengangkutandisediakan(Berdasarkan pertnintaan)
3. Kelas Al Quran dan Tahfiz.

OPERASI.
++ Tenaga pengajar yang terlatih, commited dan berpengalaman.
++ Lebih mengutamakan system targribMerit.
++ Pemantauan perkembangan akademik, akhlak dan psikomotor secara berterusan.
++ Pemantapan prestasi bulanan.
++ Anugerah kecemerlangan dan penghargaan.
++ Makanan dan minuman yang sesuai disediakan di waktu renat.
++ Penggunaan komputer dalam proses pembelajaran.
++ Penggunaan bilik Alat Pandang Dengar (APD
++ Padang permainan disediakan

ORGANISASIPENTADBIRAN:
Penaung: En. Mohd Radzi Mohammad
Pengerusi: Ust. Dr. Hj. Md. Yusnan Bin Hj. Yusof
Setiausaha: En. Abdul Razak Abdul Aziz.
AJK : Tn.Hj. Deraman Limat.
En. Mohd. Khairi Abdul Rahman.
En. Mohd. Yunus Sungip
Guru-guru PASTI AL BADAR

LEMBAGA PENASIHAT
Dr. Badlihisham Hassan.
PhD, Master Degree (Law) Birmingham University,
Bachelor Degree, Law (IIUM).

Dr. Ariffin Bin Mohammad.
PhD (Education) Birmingham University, M. Education (IIUM), B.A (Hons) University Mohammed Al Khamis, Rabat, Morocco.Dip. Of Education (IIUM)

Ustazah Romaini Bind Mat Daud
B. A (Hons) University Mohammed Al Khamis, Rabat,
Morocco. Dip. Of Education. (IIUM).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
012 6674236 (Ust. Hj. Md. Yusnan Hj. Yusof) 019 2286586 (Hj. Deraman Limat) 0172010534(PASTI AL BADAR)




Saturday, January 14, 2006

Pembukaan Pasti Al-Badar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

Tahun baru ini menjanjikan sesuatu perkembangan yang baik untuk pasti al-badar kerana telah pun memulakan sesi dengan pendaftaran pelajar seramai 16 orang berbanding hanya 6 orang pada sesi lepas.

Menurut pentadbir pasti al-badar yang beroperasi di Kompleks Pendidikan Air Panas Batu 9 Gombak, ia akan memulakan kelas pengajian Quran untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR juga mula dibuka untuk pendaftaran.