Saturday, January 14, 2006

Pembukaan Pasti Al-Badar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

Tahun baru ini menjanjikan sesuatu perkembangan yang baik untuk pasti al-badar kerana telah pun memulakan sesi dengan pendaftaran pelajar seramai 16 orang berbanding hanya 6 orang pada sesi lepas.

Menurut pentadbir pasti al-badar yang beroperasi di Kompleks Pendidikan Air Panas Batu 9 Gombak, ia akan memulakan kelas pengajian Quran untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR juga mula dibuka untuk pendaftaran.